Dewi Sandra Hanya Sapukan Air Zam-Zam Ke Wajah Sebagai Rawatan Kulit Sepanjang Mengerjakan Umrah

Ketika menjalani ibadah umrah, penyanyi cantik Dewi Sandra mengaku tidak mengalami masalah kulit walau keadaan cuaca yang dingin dan kering.Dia tetap kelihatan segar dengan kulit yang bersih dan sihat. Apa rawatan yang dilakukan bintang filem ‘Haji Backpacker’ itu ketika mengerjakan umrah?

Dewi memberitahu bahawa dia tidak mempunyai rawatan yang khusus ketika umrah dan hanya ingin fokus beribadah di Tanah Suci. Untuk menjaga kulit wajahnya agar tidak terlalu kering, dia memilih untuk menyapukan air zam zam ke wajah supaya tetap segar.

“Melalui pakej umrah ada botol untuk mengisi air zam-zam dan itu saja yang saya sapukan ke wajah. Di sini saya tidak menggunakan masker atau sebagainya, hanya air zam zam, wudhu, paling tidak cuma pakai gel di seluruh wajah dan bibir supaya tidak terlalu kering kulitnya,” ujar Dewi kepada Wolipop di Madinah.

Selain air zam zam, Dewi juga menggunakan petroleum jelly untuk melembabkan kulit. Dia selalu memakainya setiap malam sebelum tidur agar kulit tetap anjal dan terhidrasi.Penyanyi wanita berusia 36 tahun ini juga menggunakan minyak zaitun untuk tubuh.

“Di sini kan benar-benar kering, kalau menurut sunnah Rasul pakai minyak zaitun,jadi saya juga pakai petroleum gel yang memiliki khasiat untuk melindungi kulit agar tetap dingin,” tambahnya.

Tidak hanya menjaga kulit, Dewi juga menjaga pengambilan makanan. Dia banyak makan buah-buahan, sayuran, dan kurma supaya tubuhnya tetap fit selama menjalankan ibadah umrah. Menurutnya setiap orang memiliki keperluan pengambilan makanan untuk tubuh yang berbeza berdasarkan jenis darah.

Penyanyi lagu ‘Aku Pulang’ itu memberitahu bahawa ada buku yang menulis pengambilan makanan yang sebaiknya adalah disesuaikan dengan mengikut jenis darah masing-masing. Dewi sebenarnya memiliki darah jenis O yang perlu memperbanyakkan makan daging. Berbeza dengan suaminya, Agus Rahman, yang memiliki darah jenis A yang perlu memperbanyakkan makan sayuran.

“Suami saya Agus adalah dari darah jenis A dan tubuhnya memerlukan serat yang banyak. Kalau saya O dan tubuh saya perlukan daging, tapi saya tak terlalu suka makan daging kerana ada anemia sebenarnya. Sebenarnya bukan tak suka daging tapi saya tak sampai hati melihat ia disembelih. Daripada terfikirkannya, jadi saya lebih suka sayur dan buah-buahan,” ujarnya sebelum menutup perbincangan.

INGIN MENCUBA KOSMETIK QAYLA SECRET YANG ADA CAMPURAN AIR ZAM-ZAM?

Kami cadangkan untuk anda cuba foundation dan sabun muka Qayla Secret ini.Ramai pelanggan yang mempunyai pelbagai masalah kulit muka berpuas hati setelah menggunakan 2 produk ini yang mempunyai campuran air zam-zam.Foundation Qayla Secret dapat melembapkan kulit muka dan menahan sinar UV dengan SPF 50.Foundation digunakan ketika waktu siang ketika keluar bekerja atau apa-apa aktiviti luaran yang dapat menghalang penghasilan lebih banyak minyak dan melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.

BACA >>> Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Qayla Secret

BACA >>> Apa Yang Unik Tentang Qayla Secret Foundation?

BACA >>> Bahan-Bahan Foundation Qayla Secret

BACA >>> Kelebihan & Keistimewaan Qayla Secret Superb Foundation

Sabun muka Qayla Secret pula boleh digunakan ketika mencuci muka ketika bangun daripada tidur dan juga pada waktu malam ketika hendak tidur.Kebiasaannya muka akan berminyak ketika bangun daripada tidur.Namun daripada maklum balas pengguna,hasil penggunaan sabun muka ini,muka mereka sangat bersih tanpa minyak,licin dan bersih.

BACA >>> Sabun Muka Qayla Secret

TESTIMONI PENGGUNA >>> Testimoni Pengguna Produk Qayla Secret

CARA TEMPAHAN : 

Anda boleh terus Whatsapp “beliQS” ke 010 – 4646 734

Atau

Kik salah satu link berikut (jika menggunakan smartfon) :

>>> http://tinyurl.com/pmqayla

>>> http://www.wasap.my/60104646734