Category Archives: Berita

Pengantin Baru Hilang Seketika Daripada Majlis Persandingan Akibat Muka Bercapuk

15 minit selepas solekan wajah Nurul Hidayah mula bercapuk

“Alhamdulillah, jurusolek itu sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf dengan apa yang berlaku serta memulangkan semula bayaran solekan.

“Cuma perkara yang membuatkan saya terkilan kerana majlis perkahwinan tidak sempurna seperti apa yang saya rancang sebelum ini,”

Demikian luahan pengantin baru, Nurul Hidayah Rosli, 27, yang terpaksa menghilangkan diri sementara waktu kerana malu selepas solekan di wajahnya tidak menjadi angkara jurusolek pada majlis perkahwinannya di Dewan Kompleks Kakitangan Brickfields, 15 April lalu.

Gambar wajahnya dengan solekan yang menampakkan kesan tompok putih di bahagian hidung, dahi, dagu dan kedua-dua pipinya itu turut tular di laman sosial, baru-baru ini.

Nurul Hidayah berkata, dia tidak menyangka perkara seperti itu berlaku terhadap dirinya pada hari yang cukup bersejarah itu. Continue reading Pengantin Baru Hilang Seketika Daripada Majlis Persandingan Akibat Muka Bercapuk