Bahan-Bahan Qayla Secret

Qayla Secret Superb Foundation dikilangkan di kilang BUMIPUTERA MUSLIM bertaraf GMP yang yang sangat menekankan dari segi aspek halal,bersih dan suci untuk setiap produk yang dikeluarkannya.Oleh itu bahan-bahan yang dipilih dan digunakan untuk penghasilannya adalah dari sumber teknologi hijau dan juga campuran air zam-zam.Foundation Qayla Secret diformulasikan daripada bahan-bahan terbaik berikut :

Air Zam-Zam (Penaik Seri Wajah)
(+) Air Zam- Zam adalah penghulu segala air dan x pernah kering walaupon berjuta-juta manusia meminumnya
(+) Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman
(+) Air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan iaitu merawat kulit wajah
(+) Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
(+) Beberapa molekul air yang dikaji, berbentuk tak teratur, kecualimolekul air zam-zam. Susunan molekul air zam-zam berstruktur,sangat indah, teratur, cantik bak berlian yang berkilauan, dan memancarkan lebih dari 12 warna jika dibekukan.

Apple Stemcell Gred A (Glowing,Flawless & Anti Penuaan)
Foundation Qayla Secret menggunakan teknologi terkini dan bahan-bahan terbaik dan salah satu drpdnya ialah APPLE STEMCELL Gred A. Artis terkenal di luar negara telah lama menggunakanStemcell Apple di dalam penjagaan harian mereka. Mereka bukan sahaja kelihatan muda dan jelita malah setiap kali mereka berada di hadapan peminat, malah mereka kelihatan begitu yakin sekali.Stemcell Apple yang digunakan dalam Qayla Secret Superb Foundation ini ialah daripada apple Grade A dan anda memang boleh melihat kesan yang cepat sekiranya penggunaan yang berterusan dimana ia akan menghasilkan kulit yang muda jelita.

Komposisi unik yang terdapat di dalam stemcell apple ini dimana ia mampu menggalakkan pertumbuhan dan pembaharuan sel-sel kulit yang tidak aktif, dan menjadi sel-sel baru yang lebih muda dan sihat. Oleh itu, dengan adanya sel-sel baru ini, kita akan kelihatan lebih muda dari umur kita. Selain itu, kebaikan Stemcell apple adalah:

– Merangsang pembaharuan sel-sel yang sihat.
– Melindungi jangka hayat sel-sel stem kulit
– Melewatkan/ memperlahankan proses penuaan pada sel/kulit
– Menjadikan kulit lebih anjal
– Mencerahkan kulit dan membersihkan kulit

Kolagen (Menganjalkan Kulit & Awet Muda)
Kolagen adalah agen terbaik untuk menegangkan dan menganjalkan kulit.Kolagen mengandungi protein yang tinggi dimana ia dikatakan dapat meratakan garis-garis halus dan kedutan dan juga mampu menambah, memulihkan, atau mengekalkan keanjalan kulit.Selain daripada itu, kolagen mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan menjadikan wajah kelihatan muda dari usia sebenar.

Jojoba Ester (Menghilangkan kedutawan wajah)
Jojoba ester adalah agen semulajadi untuk melawan kedutan wajah.Jojoba adalah secara semula jadi hypoallergenic dan mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, Omega 6 & 9 asid lemak, dan vitamin A, D dan E. Hasilnya, apabila jojoba digunakan untuk kulit, ia secara semulajadi menjadikan kulit kembali muda remaja.

Cocos Nucifera Oil (Pelembap kulit,merawat & menutup jerawat dan jeragat)
Cocos Nucifera Oil adalah agen terbaik menghalang kehilangan air dari kulit .Ia digunakan sebagai pelembap yang terbaik, dimana ia mempunyai kesan pelembap dan mencegah kehilangan air dalam kulit. Ia berfungsi pada semua jenis kulit dan melindungi kulit dalam semua musim.

Selain itu ia juga bertindak sebagai agen terbaik untuk merawat jerawat dan menghilangkan parut jerawat.Cocos Nucifera oil adalah sangat berkesan dalam memerangi beberapa jangkitan bakteria kerana sifatnya yang anti-kulat, anti-virus, dan juga sifat-sifat anti-bakteria. Dengan mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat ini dapat membantu melegakan keradangan, melawan jangkitan jerawat dan palliates kulit merah kering yang boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, ia juga membantu menghilangkan parut jerawat baru dan lama.

Allantoin (Menyihatkan kulit)
Allantoin adalah sebagai agen anti-penuaan yang berkesan apabila diletakkan di dalam krim penjagaan kulit.Menurut penyelidikan Eropah, Allantoin adalah molekul yang baik dan berkesan untuk kulit. Allantoin diekstrak daripada akar dan daun tumbuhan yang digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. 3 kelebihan utama allantoin ialah:

a) Menenangkan kulit yang gatal-gatal
b) Merangsang pertumbuhan sel-sel baru
c) Melembapkan walaupun kulit berada dalam keadaan yang paling kering.

Vitamin C (Anti Oksidan)
Vitamin C mempunyai fungsi anti oksidan iaitu dapat mencegah sel kulit muka daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyokong sebahagian sel supaya dapat memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu di samping membantu penyerapan zat besi.Justeru, ada yang sanggup berhabisan beribu-ribu ringgit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber vitamin C tidak kira secara semula jadi; bentuk pil atau suntikan serta sebagainya kerana yakin dengan khasiatnya.

Vitamin E (Menghilangkan Parut)
Parut biasanya terjadi dari kesan dari luka lama seperti kesan jerawat, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang.Vitamin E juga adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit dalam proses menghilangkan kesan parut.

SPF50 (Sunblock tertinggi dalam pasaran)
Qayla Secret Superb Foundation mempunyai SPF 50 untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.SPF adalah tahap pengukuran sunblock pada wajah.Angka SPF boleh berkisar dari 2 hingga 100.Perlindungan ini juga bergantung pada jenis kulit.Jika anda berkulit putih beerti sedikit pigmennya maka lebih mudah terbakar daripada mereka yang berkulit gelap. Ini adalah kerana pada mereka yang bekulit gelap beerti banyak pingmen yang melindungi dari sengatan cahaya matahari.Dengan SPF 50 iaitu pelindung tertinggi dalam menahan sinaran UV yang anda dalam pasaran ketika ini,anda pasti akan berpuas hati memakainya,tak kira apa jenis kulit anda.

Sumber TEKNOLOGI HIJAU dalam Qayla Secret Superb Foundation
Kami menggunakan “Green Source Technology” yang mana bahan-bahan adalah 100% DIJAMIN semulajadi dan SELAMAT digunakan untuk jangka masa panjang. Malah, semakin lama anda menggunakan pada wajah, kulit wajah anda akan menjadi semakin sihat dan cantik.

Bebas Silikon (Mesra Solat)
Apa itu Silikon? Silikon adalah polimer non-organik yg bersifat tidak berbau, tak berwarna, kedap air, tidak rosak akibat bahan kimia, tahan dalam suhu yang tinggi,jadi silikon lebih baik dihindari kerana bahan ini melekat dan tidak larut dan sukar untuk dibersihkan.Ini adalah sangat penting dari aspek TAHARAH (bersuci) , dan wajib dihebahkan kpd semua orang islam tentang menjauhi penggunaan sebarang produk yang mengandungi silikon kerana pori- pori kulit tersumbat dan menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit dan menyebabkan TIDAK SAH wuduk seseorang.

3 responses on “Bahan-Bahan Qayla Secret