6 Punca Kulit Muka Berminyak Yang Perlu Anda Tahu Serta Cara Mencegah Dan Merawatnya

Portrait of young woman with beauty mask

Ramai yang mengeluh mempunyai masalah kulit berminyak. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah punca kulit muka jadi berminyak dan cara untuk mencegah dan mengatasinya.Secara asasnya semua kulit muka adalah berminyak. Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka adalah bertujuan untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk. Tetapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi daripada apa yang diperlukan. Dan keadaan inilah yang kita panggil kulit berminyak.

Kesan kulit muka berminyak.

Apabila kulit terlalu berminyak, perkara yang sebaliknya berlaku. Minyak berlebihan yang terhasil mula memerangkap habuk dan kotoran dan kemudian liang pori  boleh menjadi tersumbat. Hasilnya, kulit anda mula mengeluarkan jerawat.Secara umumnya, terdapat beberapa punca kulit muka menjadi berminyak.

Antara punca kulit berminyak :

1. Pemakanan

Salah satu punca utama kebanyakan orang sama ada lelaki atau wanita yang mengalami masalah kulit berminyak adalah dari segi pemakanan. Kulit berminyak boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang berlemak terlalu banyak.

2. Kosmetik

Menggunakan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit muka rosak dan seterusnya menyebabkan kulit semakin berminyak.  Oleh itu pilihlah kosmetik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengelakkan kosmetik yang digunakan mengandungi bahan-bahan yang berbahaya.

3. Genetik

Ada sebahagian daripada kita yang memang dilahirkan dengan kulit muka yang berminyak. Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh dikawal dengan mengikuti cara mengawal kulit berminyak yang akan dikongsikan dibawah.

4. Hormon

Keseimbangan hormone dalam badan (terutamanya wanita) akan memberi kesan kepada keadaan kulit seseorang. Sebagai contoh, ada yang mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat semasa waktu datang haid. Ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon. Orang yang mengalami masalah kulit berminyak semasa datang haid yang disebabkan hormon biasanya akan selesai apabila habis haid.

5. Tekanan

Tekanan tidak mempunyai kaitan terus dengan kulit berminyak. Tetapi tekanan boleh mengubah keseimbangan hormone dalam badan seseorang dan menyebabkan masalah kulit muka berminyak.

6. Pekerjaan

Jika anda bekerja di kawasan terbuka dan panas, kebarangkalian anda untuk mengalami kulit muka berminyak adalah sangat tinggi. Ini adalah kerana kulit muka dipaksa untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.

Kini anda dah tahun punca kulit berminyak. Sekarang pasti anda nak tahu pula bagaimana untuk mengatasi masalah kulit berminya.

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa mempunyai kulit muka berminyak bukanlah bererti berakhirnya kehidupan anda. Kulit berminyak sebenarnya boleh dicegah dan dikawal dengan beberapa kaedah. Walau bagaimana pun, kaedah ini perlu di lakukan secara konsisten bukannya hanya sekali sahaja sekiranya anda inginkan hasil yang terbaik.

Cara Mencegah Dan Merawat Kulit Muka Berminyak

1. Pemakanan Sihat

Menjaga pemakanan yang seimbang bukan hanya untuk orang yang nak menguruskan berat badan, tetapi ia juga penting untuk menjaga kulit muka kita. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin yang secukupnya untuk kulit anda.

2. Cuci Muka

Jika kulit anda berminyak, gunakan pencuci muka untuk mencuci muka anda. Bagi orang Islam, jadikan tabiat untuk mencuci muka 5 kali sehari iaitu cuci muka sebelum mengambil wudhuk untuk solat.

3. Tisu Minyak

Jika anda bekerja di kawasan terbuka dan panas, pastikan anda menggunakan tisu minyak untuk mengelap minyak-minyak yang berlebihan.

4. Putih Telur

Terdapat beberapa bahan yang boleh dijadikan masker untuk membantu merawat dan mengawal kulit muka yang berminyak. Salah satunya aadalah dengan menggunakan putih teur. Caranya menggunakannya adalah dengan kacau putih telur sehingga kembang dan sapukan pada kulit muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian cuci dengan air suam. Lakukan sekurang-kurangnya sekali sehari.

5. Set Pencegahan Kulit Berminyak Qayla Secret

Kami cadangkan untuk anda cuba foundation dan sabun muka Qayla Secret ini.Ramai pelanggan yang mempunyai masalah kulit muka berminyak berpuas hati setelah menggunakan 2 produk ini yang mempunyai campuran air zam-zam.Foundation Qayla Secret dapat melembapkan kulit muka dan menahan sinar UV dengan SPF 50.Foundation digunakan ketika waktu siang ketika keluar bekerja atau apa-apa aktiviti luaran yang dapat menghalang penghasilan lebih banyak minyak dan melindungi kulit muka yang terdedah dengan kepanasan dan kekotoran.

BACA >>> Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Qayla Secret

BACA >>> Apa Yang Unik Tentang Qayla Secret Foundation?

BACA >>> Bahan-Bahan Qayla Secret

BACA >>> Kelebihan & Keistimewaan Qayla Secret Superb Foundation

Sabun muka Qayla Secret pula boleh digunakan ketika mencuci muka ketika bangun daripada tidur dan juga pada waktu malam ketika hendak tidur.Kebiasaannya muka akan berminyak ketika bangun daripada tidur.Namun daripada maklum balas pengguna,hasil penggunaan sabun muka ini,muka mereka sangat bersih tanpa minyak,licin dan bersih.

BACA >>> Sabun Muka Qayla Secret

TESTIMONI PENGGUNA >>> Testimoni Pengguna Produk Qayla Secret

CARA TEMPAHAN : 

Anda boleh terus Whatsapp “beliQS” ke 010 – 4646 734

Atau

Kik salah satu link berikut (jika menggunakan smartfon) :

>>> http://tinyurl.com/pmqayla

>>> http://www.wasap.my/60104646734