14 Kesilapan Penjagaan Wajah Punca Masalah Kulit Muka Yang Wajib Anda Ambil Tahu

Ramai wanita yang mementingkan penjagaan wajah,tapi mungkin salah satu diantara kesilapan ini sedang anda lakukan.Jom baca 14 kesilapan dalam penjagaan wajah yang mungkin anda sedang lakukan sekarang :
.
============
KESILAPAN 1
============
.
>>> Cuci muka terlalu kerap
.
Eh..salah ke cuci muka kerap??
.
Yer..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
.
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat
.
Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
.
.
============
KESILAPAN 2
============
.
>>> Menyental dan menggosok kulit muka dengan kuat semasa mencuci muka
.
Ramai yang ingat bahagian muka yang ada jerawat atau bermasalah perlu disental atau digosok lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kita tidak boleh menggosok terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam..
.
Gosok dengan lembut sahaja pada bahagian bermasalah dan elakkan menggaru atau memicit jerawat semasa mencuci muka..
.
.
============
KESILAPAN 3
============

>>> Menggunakan scrub terlalu kerap
.
Jangan scrub terlalu kerap!!
.
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap..bagi sesetengah orang, terlalu kerap menggunakan scrub boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal..
.
Sebaiknya gunakan scrub yang mempunyai tekstur lebih halus dan memadai melakukan scrub 1-3 kali sahaja seminggu.
.
.
============
KESILAPAN 4
============
.
>>> Membiarkan syampu rambut terkena muka
.
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Jika terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
.
Sebab tu kebanyakan salon rambut membilas rambut dari belakang supaya syampu tidak terkena kawasan muka. Sebaiknya elakkan buih syampu rambut terkena muka anda.
.
.
============
KESILAPAN 5
============

>>> Kurang Minum Air

Nak cantik tetapi malas minum air masak. Sedangkan air masak sentiasa ada di rumah kita dan percuma sahaja..
.
Badan memerlukan air yang cukup untuk memberikan kelembapan kepada kulit. Kulit yang lembap akan nampak sihat dan berseri.
.
Amalkan minum 2 hingga 3 litet air setiap hari atau setiap 25kg = 1 liter air.
.
.
============
KESILAPAN 6
============
.
>>> Tidak Cukup Tidur
.
Betulkah tidak cukup tidur menyebabkan kulit menjadi tidak sihat? Ya. Ia salah satu faktor.
.
Tidur pada malam hari sebenarnya sangat bermanfaat untuk merehatkan diri. Masa ketika itulah sel kulit akan diperbaiki dan bekerja dengan lebih baik.
.
Kulit pun memerlukan rehat yang cukup untuk ia kembali bersinar dan sihat di pagi hari.
.
Cukupkan tidur anda sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.
.
.
============
KESILAPAN 7
============
.
>>> Suka Pegang Muka
.
Setiap kali tengok cermin anda pegang muka. Tengah selfie sempat pegang muka. Tengok tv tangan merayap membelai muka.
.
Tahukah anda, tangan kita ini ada banyak bakteria. Malah telefon anda itu salah satu penyumbang bakteria yang banyak.
.
Apabila banyak bakteria mudahlah ia menyerap ke liang pori. Dan timbullah jerawat, blackhead, whitehead. Eee. Kotor tau.
.
Tak salah jika mahu membelai muka. Tetapi pastikan tangan anda bersih. Dan seeloknya jauhkan tangan dari bahagian muka.Muka anda tetap ada di situ. Takkan hilang pun.
.
.
============
KESILAPAN 8
============
.
>>> Membiarkan peluh di muka kering sendiri tanpa dilap
.
Anda kuat berpeluh? Kalau begitu lebih baik anda sentiasa menyediakan sapu tangan atau tisu untuk mengelap peluh.
.
Jangan dibiarkan peluh anda kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka anda dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
.
Jika anda berwudu’, sebaliknya pula. Kerana air wudu’ mempunyai kebaikannya sendiri dan sebaiknya dibiarkan kering sendiri.
.
.
============
KESILAPAN 9
============
.
>>> Gunakan tuala badan sebagai tuala muka
.
Ramai yang buat ni..lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.
.
Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
.
Sebaiknya gantikan tuala anda setiap minggu agar kebersihan anda lebih terjaga.
.
.
============
KESILAPAN 10
============
.
>>> Menggunakan produk penjagaan muka untuk lelaki bagi wanita atau sebaliknya
.
Kadangkala bila tinggal serumah dengan ahli keluarga yang lain mudah berlaku seperti ini.
Anda harus ingat..menggunakan pencuci muka atau produk untuk jantina berbeza boleh memberikan kesan kepada kita.
.
Contohnya, scrub untuk lelaki memang lebih kasar teksturnya daripada scrub untuk wanita. Jangan sampai ia menjejaskan kulit anda kerana formulasinya yang tidak sesuai dengan anda.
.
Bagi lelaki pula, menggunakan produk penjagaan kulit untuk wanita mungkin tidak memadai untuk mengatasi masalah kulit anda kerana formulasi untuk wanita selalunya lebih lembut dan kurang efektif bagi lelaki yang mempunyai tekstur kulit yang lebih kasar.
.
.
============
KESILAPAN 11
============
.
>>> Memakai make up sebelum tidur
.
Nak tidur pun pakai make up??
.
Memangla kalau boleh nak cantik selalu..tapi make up memang dilarang sama sekali dipakai ketika tidur. Make up yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyumbat liang roma kita dan boleh menyebabkan jerawat.
.
Sebaiknya cuci muka sebelum masuk tidur supaya kulit boleh bernafas semasa tidur dan merehatkan wajah anda.
.
.
============
KESILAPAN 12
============

>>> Memicit jerawat dengan kuku dan alat yang tidak disteril
.
Jika anda tiada kemahiran profesional dan alat yang sesuai untuk memicit jerawat, sila jangan lakukannya sendiri.
.
Memicit jerawat dengan kuku boleh memindahkan kuman daripada jerawat lain yang telah dipicit. Ini boleh menyebabkan lebih banyak jerawat yang keluar.
.
Jerawat yang dipicit juga selalunya meninggalkan kesan parut hitam atau kemerahan pada kulit anda jika tidak dilakukan dengan betul.
.
Lebih baik jika jerawat dibiarkan mengecut sendiri atau mengambil vitamin c, vitamin anti jerawat yg boleh membantu mengecutkan jerawat anda secara semulajadi.
.
.
============
KESILAPAN 13
============
.
>>> Tidak Menjaga Makan
.
Jaga pemakanan jika mahukan kulit yang cantik dan sihat. Elakkan terlalu banyak makan makanan yang berminyak.
.
Jika anda berjerawat elakkan gula, susu, kopi, peanutbutter. Makanan ini akan melambatkan proses penyembuhan jerawat.
.
Makan makanan yang sihat seperti buah dan sayuran.
.
.
============
KESILAPAN 14
============
.
>>> Cuci muka dengan suhu air terlalu panas atau sejuk
.
Menggunakan air terlalu panas boleh mencederakan kulit muka. Jika menggunakan air yang terlalu sejuk pula boleh membuat kulit anda rasa ‘terkejut’ dan melemahkan peredaran darah dan oksigen pada kulit.
.
Sebaiknya gunakan air suam untuk mencuci muka.
.
Silakan SHARE kepada kawan-kawan anda supaya mereka tak lagi lakukan 14 kesilapan ini lagi
.

Set penjagaan wajah Qayla Secret

Kami ingin perkenalkan kepada anda set penjagaan wajah Qayla Secret yang telah membantu ramai pengguna diluar sana dalam menyelesaikan masalah kulit muka yang bermasalah.Antara masalah pengguna yang telah dibantu dengan set penjagaan wajah Qayla Secret ini ialah masalah jeragat,jerawat,parut,kulit kusam,kulit berminyak,tona tak sekata,sunburn,pigmentasi,alahan dan bermacam-macam lagi selain menjadikan kulit semakin cantik dan glowing.

1. Foundation Qayla Secret adalah berasaskan sumber teknologi hijau dengan campuran air zam-zam selain dilengkapi dengan SPF 50 untuk menghalang kulit daripada sinar UV.Dengan tekstur yang padat,ringan,tidak melekit,tidak bercapuk dan tidak berminyak menjadikannya sangat selesa dipakai,malah tahan sehingga 4 ke 6 bulan penggunaan.

BACA >>> Apa Yang Unik Tentang Qayla Secret Foundation?

BACA >>> Bahan-Bahan Foundation Qayla Secret

BACA >>> Kelebihan & Keistimewaan Qayla Secret Superb Foundation

2. Sabun rawatan wajah ini pula kandungannya ialah 90% daripada madu kelulut asli yang sememangnya bagus untuk rawatan kulit muka seperti yang disarankan oleh kebanyakkan kaedah tradisional/semulajadi yang menjadikan madu sebagai antara bahan yang terbaik untuk merawat wajah.Sabun muka Qayla Secret digunakan untuk mencuci muka ketika bangun daripada tidur dan juga ketika sebelum tidur untuk kulit yang segar,halus dan licin.

BACA >>> Sabun Muka Qayla Secret

3. Krim malam digunakan pada sebelah malam ketika sebelum tidur untuk membantu proses rawatan kulit dengan lebih intensif dan mempercepatkan proses pemulihan wajah.Antara kandungannya ialah minyak argan,vitamin E,vitamin C,Apple Stemcell dan minyak jojoba adalah bahan semulajadi yang sangat bagus digunakan pada kulit untuk merawat wajah.

BACA >>> Krim Malam Qayla Secret

4. Serum juga digunakan pada waktu malam sebelum tidur kerana fungsi serum sangat bagus digunakan apabila kulit sedang berehat.Ini kerana fungsi serum yang bertindak untuk merawat lapisan dalam kulit berbanding krim yang bertindak untuk merawat lapisan luaran kulit.Penggunaan serum adalah sebelum memakai krim malam.Serum Qayla Secret adalah berasaskan Aloe Vera,Stemcell,Minyak Zaitun dan vitamin E iaitu bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan untuk merawat lapisan dalam kulit wajah.

BACA >>> Serum Qayla Secret

TESTIMONI PENGGUNA >>> Testimoni Pengguna Produk Qayla Secret

CARA TEMPAHAN : 

Anda boleh terus Whatsapp “beliQS” ke 010 – 4646 734

Atau

Kik salah satu link berikut (jika menggunakan smartfon) :

>>> http://tinyurl.com/pmqayla

>>> http://www.wasap.my/60104646734