11 Tips Merawat Masalah Parut Jerawat Secara Semulajadi

Mempunyai masalah jerawat pasti menjadi satu masalah besar bagi yang mengalaminya.Tentu anda rasa kurang keyakinan diri apabila kulit anda berparut selepas jerawat telah tiada.Masa jerawat ada sungguh susah nak hilang,tapi lepas jerawat dah tiada,parut pula yang muncul.

Tetapi anda jangan risau; parut jerawat boleh dirawat dan terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan, contohnya dengan menggunakan krim yang sesuai atau mendapatkan rawatan perubatan.Di sini kami kongsikan 11 kaedah tradisional/semulajadi untuk merawat parut jerawat.

1. Madu


Madu boleh digunakan bukan sahaja untuk merawat parut jerawat tetapi juga jerawat itu sendiri. Ia lembut pada kulit anda dan mengurang kemerahan dan kerengsaan. Madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria yang membantu memudarkan parut jerawat dan tanda-tanda gelap. Ia melembapkan dan membuat kulit anda lembut.Sapukan sedikit madu pada parut di waktu malam dan basuh muka di waktu pagi.

2. Minyak kelapa

Disebabkan kandungan asid laurik, kaprilik dan kaprik yang terdapat dalam minyak kelapa, ia menjadi krim yang amat bagus untuk membantu menghilangkan parut jerawat. Minyak kelapa juga membantu mencegah parut jerawat baharu daripada terbentuk.

Untuk memudarkan parut jerawat, urut minyak kelapa pada kulit berparut sekurang-kurangnya sekali sehari tetapi 2- 4 kali sehari adalah yang terbaik. Ia mungkin terlalu berminyak, maka gunakan dengan berhati-hati. Minyak Kelapa juga boleh digunakan sebagai pembersih muka.

3. Aloe vera (lidah buaya)


Aloe Vera dikenali dalam bidang kosmetik kerana ciri-ciri penyembuhannya dan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan parut jerawat dengan lembut tetapi berkesan selepas beberapa waktu. Walaupun anda boleh membeli banyak gel berasaskan aloe secara komersil, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah membeli pokok aloe.

Untuk menggunakan aloe daripada pokok aloe vera, patahkan daunnya dan gosokkan isi kandungannya yang seperti gel terus ke atas kulit. Biarkan ia kering kemudian tinggalkan selama 30 minit. Basuh dengan pembersih muka yang lembut. Cuba lakukan ini setiap hari.

4. Kiub ais

Rawatan ini paling berkesan untuk parut baharu atau yang masih membengkak kerana air akan mengurangkan pembengkakan dan mengecutkan saluran darah. Lama-kelamaan, ais juga akan membantu mengurangkan parut-parut kecil dan perubahan warna kulit.

Balut seketul ais kiub di dalam sehelai kertas tisu atau kain dan gosokkan pada kawasan yang membengkak selama 10-15 minit sehari.

5. Minyak zaitun 

Minyak zaitun, yang dikenali sebagai kaedah pembersih dengan minyak, ialah sejenis kaedah membersih muka alternatif untuk menanggalkan kotoran dan sebum daripada muka kita. Urut dengan lembut dan bersihkan dengan kain yang lembut.

6. Minyak vitamin E

Minyak vitamin E mempunyai ciri-ciri pelembap yang luar biasa dan sejenis rawatan yang berkesan untuk parut jerawat. Sapukan minyak vitamin E tulen pada kulit anda 2-3 kali sehari dan anda boleh lihat hasilnya dalam masa lebih kurang 2 minggu.

7. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.Setelah kering, bilas dengan air sejuk.Amalkan setiap hari.

8. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda.

Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

9. Ubi Kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

10. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

11. Air tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

Tiada masa untuk gunakan kaedah tradisional?

Jika anda tiada masa,malas atau terasa leceh untuk gunakan kaedah semula jadi ini,anda boleh cuba set produk Qayla Secret untuk menghilangkan parut.Untuk masalah parut kami cadangkan kepada anda untuk gunakan set lengkap kami yang mempunyai foundation,sabun wajah,krim malam dan serum.

1. Foundation digunakan sebagai krim siang.bahan yang terdapat di dalamnya turut terdapat juga bahan tradisional yang disenaraikan diatas dan juga campuran air zam-zam selain dilengkapi dengan SPF 50 untuk menghalang kulit daripada sinar UV berbahaya yang menyebabkan parut semakin sukar untuk sembuh.

BACA >>> Apa Yang Unik Tentang Qayla Secret Foundation?

BACA >>> Bahan-Bahan Foundation Qayla Secret

BACA >>> Kelebihan & Keistimewaan Qayla Secret Superb Foundation

2. Sabun rawatan wajah ini pula kandungannya ialah 90% daripada madu kelulut asli yang sememangnya bagus untuk rawatan parut seperti yang disarankan melalui kaedah tradisional.Sabun muka digunakan untuk mencuci muka ketika bangun daripada tidur dan juga ketika sebelum tidur untuk kulit yang segar,halus dan licin.

BACA >>> Sabun Muka Qayla Secret

3. Krim malam digunakan pada sebelah malam ketika sebelum tidur untuk membantu proses rawatan kulit dengan lebih intensif dan mempercepatkan proses pemulihan parut.Antara kandungannya ialah minyak argan,vitamin E,vitamin C,Apple Stemcell dan minyak jojoba adalah bahan semulajadi yang sangat bagus digunakan pada kulit untuk merawat wajah.

BACA >>> Krim Malam Qayla Secret

4. Serum juga digunakan pada waktu malam sebelum tidur kerana fungsi serum sangat bagus digunakan apabila kulit sedang berehat.Ini kerana fungsi serum yang bertindak untuk merawat lapisan dalam kulit berbanding krim yang bertindak untuk merawat lapisan luaran kulit.Penggunaan serum adalah sebelum memakai krim malam.Serum Qayla Secret adalah berasaskan Aloe Vera,Stemcell,Minyak Zaitun dan vitamin E iaitu ada 3 bahan semulajadi untuk merawat parut yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bahan utama serum ini.

BACA >>> Serum Qayla Secret

TESTIMONI PENGGUNA >>> Testimoni Pengguna Produk Qayla Secret

CARA TEMPAHAN : 

Anda boleh terus Whatsapp “beliQS” ke 010 – 4646 734

Atau

Kik salah satu link berikut (jika menggunakan smartfon) :

>>> http://tinyurl.com/pmqayla

>>> http://www.wasap.my/60104646734