Set Lengkap Qayla Secret Skincare

Set lengkap Qayla Secret Skincare terdiri daripada (klik pada setiap nama produk dibawah untuk penerangan lengkap setiap produk berserta cara penggunaan) :

1. Foundation
2. Sabun Rawatan Wajah
3. Krim Malam
4. Serum

Hasil daripada testimoni yang kami terima,Qayla Secret Skincare telah terbukti membantu pelanggan kami dengan :

– Merawat masalah jeragat
– Merawat masalah jerawat
– Mencegah masalah kulit berminyak
– Merawat masalah kulit wajah sunburn
– Merawat dan memudarkan Parut
– Memulihkan pori-pori terbuka
– Mengurangkan kedutan & Menganjalkan muka
– Menghilangkan blackhead dan whitehead
– Merawat masalah pigmentasi
– Merawat kulit kusam
– Meratakan tona kulit muka
– Membaiki lapisan kulit yang bermasalah

Pengantin Baru Hilang Seketika Daripada Majlis Persandingan Akibat Muka Bercapuk

15 minit selepas solekan wajah Nurul Hidayah mula bercapuk

“Alhamdulillah, jurusolek itu sudah mengakui kesilapannya dan memohon maaf dengan apa yang berlaku serta memulangkan semula bayaran solekan.

“Cuma perkara yang membuatkan saya terkilan kerana majlis perkahwinan tidak sempurna seperti apa yang saya rancang sebelum ini,”

Demikian luahan pengantin baru, Nurul Hidayah Rosli, 27, yang terpaksa menghilangkan diri sementara waktu kerana malu selepas solekan di wajahnya tidak menjadi angkara jurusolek pada majlis perkahwinannya di Dewan Kompleks Kakitangan Brickfields, 15 April lalu.

Gambar wajahnya dengan solekan yang menampakkan kesan tompok putih di bahagian hidung, dahi, dagu dan kedua-dua pipinya itu turut tular di laman sosial, baru-baru ini.

Nurul Hidayah berkata, dia tidak menyangka perkara seperti itu berlaku terhadap dirinya pada hari yang cukup bersejarah itu. Continue reading Pengantin Baru Hilang Seketika Daripada Majlis Persandingan Akibat Muka Bercapuk

14 Kesilapan Penjagaan Wajah Punca Masalah Kulit Muka Yang Wajib Anda Ambil Tahu

Ramai wanita yang mementingkan penjagaan wajah,tapi mungkin salah satu diantara kesilapan ini sedang anda lakukan.Jom baca 14 kesilapan dalam penjagaan wajah yang mungkin anda sedang lakukan sekarang :
.
============
KESILAPAN 1
============
.
>>> Cuci muka terlalu kerap
.
Eh..salah ke cuci muka kerap??
.
Yer..sebenarnya ada dua sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
.
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci atau..
.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat
.
Mencuci muka anda dengan pencuci muka dua kali sehari sahaja sudah memadai untuk membersihkan muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
.
.
Continue reading 14 Kesilapan Penjagaan Wajah Punca Masalah Kulit Muka Yang Wajib Anda Ambil Tahu

11 Tips Merawat Masalah Parut Jerawat Secara Semulajadi

Mempunyai masalah jerawat pasti menjadi satu masalah besar bagi yang mengalaminya.Tentu anda rasa kurang keyakinan diri apabila kulit anda berparut selepas jerawat telah tiada.Masa jerawat ada sungguh susah nak hilang,tapi lepas jerawat dah tiada,parut pula yang muncul.

Tetapi anda jangan risau; parut jerawat boleh dirawat dan terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan, contohnya dengan menggunakan krim yang sesuai atau mendapatkan rawatan perubatan.Di sini kami kongsikan 11 kaedah tradisional/semulajadi untuk merawat parut jerawat.

1. Madu


Madu boleh digunakan bukan sahaja untuk merawat parut jerawat tetapi juga jerawat itu sendiri. Ia lembut pada kulit anda dan mengurang kemerahan dan kerengsaan. Madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria yang membantu memudarkan parut jerawat dan tanda-tanda gelap. Ia melembapkan dan membuat kulit anda lembut.Sapukan sedikit madu pada parut di waktu malam dan basuh muka di waktu pagi. Continue reading 11 Tips Merawat Masalah Parut Jerawat Secara Semulajadi

Air Zam Zam Sembuhkan Masalah Sunburn Pada Wajah Pelakon Sinetron Laudya Chintya Bella

Artis Laudya Chintya Bella merasakan khasiat air zam-zam untuk kecantikan dan perubatan. Ini dialaminya sendiri ketika mengerjakan umrah pada bulan Ramadan yang lalu.

Cuaca di Arab yang panas, membuat Bella memutuskan untuk menggunakan sunblock, tapi akibatnya wajah menjadi panas dan kulit wajahnya sedikit menggelupas.

“Oleh kerana masalah cuaca yang terlampau panas menjadikan kulit saya sunburn, kerana Spf sunblock saya agak berlebihan iaitu spf 100 dan tidak sesuai dengan cuaca di sini, kulit saya seperti terbakar,” ucap Bella, ketika ditemui di XXI Plaza Senayan, Jakarta Pusat. Continue reading Air Zam Zam Sembuhkan Masalah Sunburn Pada Wajah Pelakon Sinetron Laudya Chintya Bella

Dewi Sandra Hanya Sapukan Air Zam-Zam Ke Wajah Sebagai Rawatan Kulit Sepanjang Mengerjakan Umrah

Ketika menjalani ibadah umrah, penyanyi cantik Dewi Sandra mengaku tidak mengalami masalah kulit walau keadaan cuaca yang dingin dan kering.Dia tetap kelihatan segar dengan kulit yang bersih dan sihat. Apa rawatan yang dilakukan bintang filem ‘Haji Backpacker’ itu ketika mengerjakan umrah?

Dewi memberitahu bahawa dia tidak mempunyai rawatan yang khusus ketika umrah dan hanya ingin fokus beribadah di Tanah Suci. Untuk menjaga kulit wajahnya agar tidak terlalu kering, dia memilih untuk menyapukan air zam zam ke wajah supaya tetap segar. Continue reading Dewi Sandra Hanya Sapukan Air Zam-Zam Ke Wajah Sebagai Rawatan Kulit Sepanjang Mengerjakan Umrah

6 Punca Kulit Muka Berminyak Yang Perlu Anda Tahu Serta Cara Mencegah Dan Merawatnya

Portrait of young woman with beauty mask

Ramai yang mengeluh mempunyai masalah kulit berminyak. Tetapi tidak ramai yang tahu apakah punca kulit muka jadi berminyak dan cara untuk mencegah dan mengatasinya.Secara asasnya semua kulit muka adalah berminyak. Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka adalah bertujuan untuk melindungi kulit muka daripada kekotoran dan habuk. Tetapi masalah akan timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi daripada apa yang diperlukan. Dan keadaan inilah yang kita panggil kulit berminyak.

Kesan kulit muka berminyak.

Apabila kulit terlalu berminyak, perkara yang sebaliknya berlaku. Minyak berlebihan yang terhasil mula memerangkap habuk dan kotoran dan kemudian liang pori  boleh menjadi tersumbat. Hasilnya, kulit anda mula mengeluarkan jerawat.Secara umumnya, terdapat beberapa punca kulit muka menjadi berminyak.

Antara punca kulit berminyak : Continue reading 6 Punca Kulit Muka Berminyak Yang Perlu Anda Tahu Serta Cara Mencegah Dan Merawatnya

Tips Menghilangkan Jeragat dan Jerawat

Jeragat? Jerawat? Eww! Rasa nak marah ja kan kalau dua benda ni hinggap dekat muka? Tambah-tambah yang si perempuan ni. Confirm punya lah! Mesti rasa macam taknak tengok langsung muka depan cermin tu kan? Tak semangat nak bersiap keluar dari rumah kan? Risau dengan tanggapan orang pada uols, kan?

Menghilangkan Jeragat dan Jerawat

Jangan risau gais, sebenarnya jerawat dan jeragat ni boleh hilang. Cuma satu ja, jangan pulak hampa yang gatai tangan nak picit sana picit sini. Alamatnya makin membiak la nanti kat muka peloles uols tu. Banyak petua dan tips secara semulajadi yang hampa boleh cuba apply. Takpayah dok gatai melabur duit hampa tu kat spa-spa atau pusat kecantikan.

Tips Semulajadi Mehilangkan Jeragat dan Jerawat?

Cuba cara semulajadi ni dulu. Tak kurang banyak, kurang sedikit pun, OK lah kan? Yang penting, hampa kena sentiasa sabaq dan istiqamah dalam merawat kulit muka ni. Benda elok, nak bertahan lama dan dijaga, bukan senang tau. Kena RAJIN & ISTIQAMAH 🙂

Menghilangkan Jeragat dan Jerawat

So……….. Jom kita terjah antara tips semulajadi yang hampa boleh cuba kat rumah sahaja! 🙂 Continue reading Tips Menghilangkan Jeragat dan Jerawat

Serum Rawatan Wajah Qayla Secret

Kegunaan serum Qayla Secret adalah untuk merawat lapisan dalaman kulit wajah dan sangat digalakkan untuk digunakan pada waktu malam sebelum tidur.Ini kerana ketika waktu tidur muka dalam keadaan rehat yang memberikan bahan-bahan terkandung di dalam serum bertindak balas dengan cukup efektif untuk meresap jauh ke dalam lapisan kulit wajah bagi proses rawatan.

Bahan-Bahan :

 Aloe Vera
 Stemcell
 Minyak Zaitun
 Vitamin E 

Kelebihan & Fungsi Serum Qayla Secret :

 Merawat masalah jerawat
 Menghilangkan pigmentasi dan jeragat
 Memudar dan menghapuskan parut jerawat dan cela
 Memulihkan pori-pori terbuka
 Merawat parut dan sel kulit mati
 Merawat kulit kusam
 Mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit muka (Antipenuaan)

Cara Penggunaan :

💛 Cuci muka dgn sabun rawatan wajah Qayla Secret dan keringkan wajah sebelum menggunakan serum.
💛 Titiskan serum di dahi,pipi kiri,pipi kanan & dagu kemudian ratakan ke seluruh wajah.Biarkan ia meresap seketika sebelum menggunakan krim malam.
💛 Calitkan krim malam di dahi,pipi kiri dan kanan serta dagu,kemudian ratakan ke seluruh wajah.
💛 Gunakan serum dan krim malam setiap malam sebelum tidur untuk kesan yg lebih efektif

Terapkan serum dengan menggunakan satu atau dua jari sahaja. Kawasan yang penting seperti bawah mata tidak boleh diketepikan daripada pemakaian serum.

Pastikan titik-titik serum harus tepat supaya merata ke seluruh bahagian muka. Selain itu, jangan lupa pakai serum sehingga ke bahagian leher.

Cara pemakaian serum dan krim yang betul adalah 30 minit sebelum tidur supaya ia meresap ke dalam kulit dan tidak melekat pada bantal dan sebagainya ketika anda terlelap.

Krim Malam Qayla Secret

Krim malam digunakan pada waktu sebelum tidur iaitu seeloknya 30 minit masuk tidur supaya krim dapat meresap dan mengelakkan daripada melekat pada bantal dan sebagainya.Ketika muka sedang berehat pada waktu tidur,bahan-bahan yang ada pada krim dapat membantu proses rawatan kulit muka dengan sangat baik dan tidur yang cukup selama 8 jam adalah jumlah masa yang paling terbaik dan cukup untuk tempoh rawatan untuk satu malam.

Bahan-Bahan Krim Malam Qayla Secret :

💠 Argan Oil
💠 Vitamin E
💠 Vitamin C
💠 Apple Stem cell
💠 Jojoba Oil

Bahan-bahan ini sangat membantu untuk :

💠 Membaikpulih kulit di samping melembabkannya..
💠 Merangsang penghasilan sel2 baru
💠 Antipenuaan & meremajakan kulit
💠 Meningkatkan penghasilan kolagen
💠 Mengurangkan garis-garis halus
💠 Membantu merawat masalah jerawat
💠 Membantu merawat masalah pigmentasi dan memudarkan jeragat

Cara Penggunaan :

💛 Cuci muka dgn sabun rawatan wajah Qayla Secret dan keringkan wajah sebelum menggunakan serum.
💛 Titiskan serum di dahi,pipi kiri,pipi kanan & dagu kemudian ratakan ke seluruh wajah.Biarkan ia meresap seketika sebelum menggunakan krim malam.
💛 Calitkan krim malam di dahi,pipi kiri dan kanan serta dagu,kemudian ratakan ke seluruh wajah.